Skip to main content

Kepentingan Penggunaan blog kepada guru dan murid

Kepentingan blog kepada guru

1. Blog  boleh menjadi laman utama untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah terutama mengenai pembelajaran ataupun info yang berguna mengenai pendidikan.
2. Para guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.
3. Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog.  
4. Blog juga boleh mempercepatkan proses pendidikan mengikut kebolehan pelajar.Dengan adanya latihan yang diberikan secara personal atau berkumpulan mengikut tahap pembelajaran, mereka dapat membuat latihan dengan cara yang menyeronokkan.

Kepentingan blog kepada murid

1. Pelajar tidak mudah jemu untuk menggunakan internet. Mereka boleh belajar dengan lebih tekun dengan melayari internet  walaupun mereka berada di luar waktu sekolah.
2. Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.
3. Pelajar boleh mengkritik info yang ditulis dalam blog dan menjadikan pelajar yang menulis dalam blog lebih matang dari segi penulisan. Pelajar akan lebih tertarik untuk memaparkan hasil penulisan untuk tatapan umum.
4. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam.



Comments

Popular posts from this blog

SUDUT BAHASA MELAYU  TAHUN 6 http://www.kssronline.com/search/label/bm%20upsr http://norzilar.blogspot.my/2012/04/cara-menjawab-kertas-2-bahagian-bahasa.html  * BM 2 - MEMBINA AYAT * PAUTAN ZOOM A http://pencintabahasamalaysia.blogspot.my/2013/05/petua-penulisan-karangan-bahasa-melayu.html MAKLUMAT AM PEPERIKSAAN BM
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya telah berjaya membina satu blog .Belajar sikit-sikit dan ambil masa untuk memuatkan isi penting .Guna kaedah cuba jaya.